Forum KITA

Selamat Datang Guest!! Berforumlah di sini kerana ianya berbaloi!!

Logged as Anonymous. You last visited on

You are not connected. Please login or register

Goto page : 1, 2  Next

Post new topic  Reply to topic

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 2]

1 Kes Liwat Anwar on Mon Jun 30, 2008 9:26 am

hisOka

Baby
Baby

Beri ruang polis siasat - Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN


TERKAWAL...Orang ramai
termasuk wartawan dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkumpul
di hadapan Kedutaan Turki selepas tersebar berita Anwar Ibrahim berada
dalam bangunan itu untuk mendapatkan perlindungan kononnya keselamatan
beliau terancam, di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis
menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat
berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap
pengadu dan juga suspek yang berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri
Zinin pada sidang akhbar di sini hari ini menegaskan, pihaknya tidak
memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil
dan profesional.
Jelasnya, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang yang
profesional, pihak polis akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu
selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan.
“Kita menjalankan penyiasatan terhadap mangsa dan juga suspek
mengikut Kanun Keseksaan tetapi kita perlukan sedikit masa untuk
siasatan dan tidak akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya.
Semalam, seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok
Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia
telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di
sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.
Kes itu kemudian dirujuk ke Balai Polis Travers.
Ekoran laporannya itu, lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian asid
deoksiribonukleik (DNA).
Ketika dihubungi malam ini, Mohd. Bakri enggan mengulas sama ada pengadu telah menjalani ujian DNA atau sebaliknya.
Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat
kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak
sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar)
fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu.
“Buat masa ini, perkara tersebut (kaitan dengan unsur politik)
hanyalah satu andaian. Pihak polis pastinya akan menjalankan siasatan
dari segala sudut.”
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika
dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, setakat ini polis belum
bercadang melakukan tangkapan terhadap suspek dalam kes itu sehingga
siasatan berhubung dakwaan kes liwat itu selesai.
Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin bahawa Penasihat PKR itu telah ditahan oleh polis awal pagi ini.
“Setakat ini, polis belum tahan Anwar. Saya tidak dapat mengulas
lanjut kerana siasatan berhubung kes itu baru bermula,” katanya.
Sementara itu, mulai kira-kira pukul 4 petang ini, lebih 50
penyokong PKR berhimpun di luar pejabat Kedutaan Turki di Jalan U-Tant
di sini selepas tersebar berita mengatakan Anwar mendapat perlindungan
daripada kedutaan berkenaan.
Polis terpaksa mengerahkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan
Persekutuan (FRU) ke lokasi berkenaan untuk mengawal keadaan. Pejabat
kedutaan itu ditutup hari ini kerana cuti umum.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim
memberitahu, keadaan bagaimanapun terkawal dan penyokong PKR terbabit
bersurai kira-kira pukul 6 petang.
Bagaimanapun, sehingga pukul 10 malam ini, beberapa wartawan serta
jurugambar dari media tempatan dan asing masih menunggu di luar pejabat
Kedutaan Turki untuk mendapatkan perkembangan terbaru.
Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada
jawatan Kabinet pada September 1998 kerana dakwaan salah laku seksual
dan rasuah.
Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan
kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004
selepas Mahkamah Persekutuan menolak sabitan tersebut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Liwat lagi.. Ermmm Ape nak jadi ler Mad Mad

2 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jun 30, 2008 10:18 am

lianadeq

Chief Moderator
Chief Moderator
Virgo Buffalo

aadddeeess...
mcm2 kes la skang ni..
mcm2 hal yg dibangkit kan blik~

3 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jun 30, 2008 11:29 am

pinguin

SuperMod
SuperMod
Gemini Rat

ni kes terbodoh pernah aku tgok.. org yang report tu sah2 buat fitnah.. banyak bukti dah ada.. saje nak jatuhkan anwar

4 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jun 30, 2008 4:05 pm

zulyana

Moderator Lvl 1
Moderator Lvl 1
Virgo Buffalo

dgr kate anwar nk saman kan pembantu dia dulu?


Myspace Codes & Myspace Code

5 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 9:17 am

emet

Baby
Baby
Gemini Buffalo

aku tak percaya

6 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 10:02 am

mawarmerah

Baby
Baby

tuduhan ni amat memualkan, mawar rasa menyampah dengan saiful ni kalau dia sengaja buat fitnah

7 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 11:13 am

dexa

Baby
Baby

nak alih perhatin rakyat dari isu altantuya je

8 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 11:13 am

pinguin

SuperMod
SuperMod
Gemini Rat

alah, dia ada link dgn najib.. yg bodohnyer Najib pun ngaku Saiful Jumpe dia.. siapa saiful? awat senang2 jumpe TPM? bagaimana Saiful tu bleh duduk Kondo beharga 2 juta???

9 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 11:16 am

dexa

Baby
Baby

pinguin wrote:alah, dia ada link dgn najib.. yg bodohnyer Najib pun ngaku Saiful Jumpe dia.. siapa saiful? awat senang2 jumpe TPM? bagaimana Saiful tu bleh duduk Kondo beharga 2 juta???


oh, abg pingu pun ada kat sini..?

saiful tu gila duit je...yelah masa depan dah gelap kena tendang u

10 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 12:20 pm

lianadeq

Chief Moderator
Chief Moderator
Virgo Buffalo

oh..dia kena tendang dr u mane?
da kena tendang dr u pon bleh keje kerajaan lg erk..

11 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 8:44 pm

Admin

Admin
Admin

lianadeq wrote:oh..dia kena tendang dr u mane?
da kena tendang dr u pon bleh keje kerajaan lg erk..


kene tendang dr uniten....
Signature masih di review

12 Re: Kes Liwat Anwar on Fri Jul 04, 2008 10:59 pm

pinguin

SuperMod
SuperMod
Gemini Rat

hai dexa pekabar.. hehe.. pingu laam dah masuk sini.. BTW kawan pingu ada yang rapat dgn Saiful bahari.. dah kenal la dia ni cemana.. belajar xpandai.. fail exam.. pointer 1 points lebih.. tapi ada link dgn menteri2.. dah nampak dah siapa dia.. ada tunang lawa, tapi still nak gadaikan maruah sendiri.. apakeehe.

13 Re: Kes Liwat Anwar on Sat Jul 05, 2008 10:10 am

Admin

Admin
Admin

pinguin wrote:hai dexa pekabar.. hehe.. pingu laam dah masuk sini.. BTW kawan pingu ada yang rapat dgn Saiful bahari.. dah kenal la dia ni cemana.. belajar xpandai.. fail exam.. pointer 1 points lebih.. tapi ada link dgn menteri2.. dah nampak dah siapa dia.. ada tunang lawa, tapi still nak gadaikan maruah sendiri.. apakeehe.


memang bau konspirasi tu kuat...cemana dia boleh bergambar dgn menteri2 malaysia?
Signature masih di review

14 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jul 07, 2008 9:16 am

lianadeq

Chief Moderator
Chief Moderator
Virgo Buffalo

eeii..tu nak amik jln mudah utk hidup senang la tu..
tp tak sedar diri~

15 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jul 07, 2008 2:01 pm

Admin

Admin
Admin

lianadeq wrote:eeii..tu nak amik jln mudah utk hidup senang la tu..
tp tak sedar diri~


tapi takleh tuduh dulu....manalah tau dia dipihak yg benar... sweat
Signature masih di review

16 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jul 07, 2008 3:00 pm

pinguin

SuperMod
SuperMod
Gemini Rat

duduk kondo 2 juta tu, kalau iman xkuat mmg terima jer. maruah no 2

17 Re: Kes Liwat Anwar on Mon Jul 07, 2008 3:11 pm

Admin

Admin
Admin

pinguin wrote:duduk kondo 2 juta tu, kalau iman xkuat mmg terima jer. maruah no 2


kondo tu sapa punya yek? Shocked
Signature masih di review

18 Re: Kes Liwat Anwar on Wed Jul 09, 2008 9:47 am

lianadeq

Chief Moderator
Chief Moderator
Virgo Buffalo

Admin wrote:
lianadeq wrote:eeii..tu nak amik jln mudah utk hidup senang la tu..
tp tak sedar diri~


tapi takleh tuduh dulu....manalah tau dia dipihak yg benar... sweat


erm..btul jugak tu kan..
kita msh tak tau sape yg slh sape yg btul~

19 Re: Kes Liwat Anwar on Wed Jul 09, 2008 9:49 am

lianadeq

Chief Moderator
Chief Moderator
Virgo Buffalo

Admin wrote:
pinguin wrote:duduk kondo 2 juta tu, kalau iman xkuat mmg terima jer. maruah no 2


kondo tu sapa punya yek? Shocked


bdk umur 23 thn tu dok kondo 2 juta??!!
pergghh...mana la dia dpt duit sebyk tu erk~

20 Re: Kes Liwat Anwar on Wed Jul 09, 2008 10:31 am

Admin

Admin
Admin

lianadeq wrote:
Admin wrote:
pinguin wrote:duduk kondo 2 juta tu, kalau iman xkuat mmg terima jer. maruah no 2


kondo tu sapa punya yek? Shocked


bdk umur 23 thn tu dok kondo 2 juta??!!
pergghh...mana la dia dpt duit sebyk tu erk~


itu yg loco pelik tu... Shocked
Signature masih di review

View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 2]

Goto page : 1, 2  Next

Post new topic  Reply to topic

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum